Friday, 14 October 2011

Tiara Jacquelina Diugut Bunuh Kerana Memperagakan Batik Di Poster.

Tiara Jacquelina diugut bunuh kerana memperagakan batik di poster.

  Setiap penduduk Malaysia pasti tahu bahawa orang Indonesia memang pantang dicuit apabila menyentuh soal budaya. Mereka akan sentap gila babeng dan mula lancarkan pelbagai serangan psikologi tak kira apa kondisinya.

Terbaru, Tiara Jacquelina telah menerima ugutan bunuh oleh pemilik twitter ZicosIndo yang mahu membunuhnya jika Tiara mengaku batik dan kebaya adalah milik Malaysia merujuk kepada poster Tiara memakai kebaya di bawah. Malah pelakon Aznil Haji Nawawi juga menerima ugutan yang sama kerana cuba mempertahankan perkara tersebut.

Gara-gara poster teater The Secret Life of Nora, pelakon dan penerbit Tiara Jacquelina dan pelakon Aznil Haji Nawawi menerima ugutan bunuh. Semuanya kerana poster tersebut memaparkan Tiara, pemegang peranan utama sebagai Nora mengenakan kain batik dan berbaju kebaya di poster tersebut.




Pemilik akaun Twitter @ZicosIndo mendakwa pemakaian kain batik dan baju kebaya di poster tersebut sebagai cubaan untuk mencuri salah satu budaya Indonesia.

Turut menerima ugutan ialah Aznil, pelakon watak Mr.J Heart yang mana berbunyi:

“…but why do you claim the indonesian batik at #thesecretlifeofnora! I will kill u if u dt sto”

Selain Tiara & Aznil, turut menerima kata kejian oleh pemilik akaun Twitter tersebut ialah pelakon Adibah Noor, Ryan Silverman, Amy Search, Yuna dan beberapa lagi artis dari Malaysia secara rambang.

Teater The Secret Life of Nora kini sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga 16 Oktober depan. Teater itu juga akan ditambah satu hari pementasan pada 20 Oktober depan.








Sumber : gua.com.my

No comments:

Post a Comment